April 25, 2014

Cara Kira Kalori

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menjana tenaga. Tetapi jika kalori diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan.

Ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan jika dibiarkan berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan.

Cara Mengira Kalori

cara kira kalori

Kebanyakan produk makanan yang terdapat di pasaran memaparkan maklumat berkaitan kandungan nutrisi dan kalori pada bungkusannya yang biasanya diletak di bawah tajuk ‘maklumat pemakanan’.

Secara asasnya, jumlah kandungan kalori dalam makanan juga boleh ditentukan dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

LEMAK : Setiap gram didarab dengan 9 bagi setiap gram.

KARBOHIDRAT :  Setiap gram  didarab dengan 4 kalori bagi setiap gram

PROTEIN :  Setiap gram didarab dengan 4 bagi setiap gram

Sebagai contoh, sekeping roti mengandungi 0.8 gram lemak, 12.3 gram karbohidrat dan 2.3 gram protein.  Maka, contoh pengiraan kalori berdasarkan formula di atas memberikan jumlah kalori sekeping roti :-

Lemak —->   0.8 x 9 = 7.2 kalori

Karbohidrat —->   12.3  x 4 =   49.2 kalori

Protein —->  2.3 x 4 =  9.2 kalori

Jadi, 7.2 + 49.2 + 9.2 = 65.6  atau  66 kalori

 

Keperluan kalori bagi setiap individu lelaki dan wanita dewasa dalam sehari

Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika seseorang itu makan atau mengambil kalori melebihi dari keperluan harian yang sepatutnya?

Setiap 8,000 kalori yang terkumpul dan tidak ditukarkan kepada tenaga (tidak dibakar) akan menambah 1 kilogram berat badan.

jumlah kalori berkaitan:

cara mengira kalori . pengiraan kalori . cara kira kalori makanan . pengiraan kalori dalam makanan . cara mengira kalori makanan . cara pengiraan kalori . cara mengira kalori dalam makanan .

Comments

  1. maaf nak tanya…
    berapa kalori epal hijau?
    & kalori bijirin penuh under nestle fitness, coco crunch & other with milk?

    • Jumlah kalori setiap makanan sudah tentunya bergantung kepada saiz setiap hidangan.

      Untuk epal hijau, bagi saiz 182 gram, jumlah kalorinya ialah 95 kalori.

      Untuk coco crunch (30 gram bijirin bersama 125 ml susu) mengandungi 200 kalori.

  2. salam teringin nak bljr cara kira kalori makanab

  3. terima kasih di atas info yang sangat berguna kepada semua orang yang berazam untuk menurunkan berat badan termasuklah saya sendiri..Selama ni, memang tak pernah tahu langsung tentang cara pengiraan kalori makanan ni..main makan je semua benda..Anyway, boleh saya tahu admin ni sape?Pakar pemakanan ke?

    • Terima kasih kembali. Saya bukanlah pakar pemakanan. Tapi saya suka membaca dan mengkaji. Sambil mengkaji tu saya berkongsi. :)

  4. maaf nak tanya, kalo sukatan tu dalam ‘ml’ macam mana nak kira? :)

  5. Rahmat Abas Hilmi Iman Mansor (R.A.H.I.M) says:

    Korong pang jarang song kang leng ton masak ikong carang koman???

  6. normasni yahaya says:

    kalori bagi wanita ialah 1600-2000,kalau lah kalori kurang dari 1600 atau 2000 apa yang akan jadi?

    • Tubuh kita akan mula menggunakan lemak-lemak yang tersimpan dalam badan untuk dibakar. Bagi orang yang sememangnya dah tak ada lemak, maka implikasinya ialah akan kekurangan tenaga untuk melakukan aktiviti.

Speak Your Mind

*